CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 16, 2012

Surat Untuk Bakal Ibu Mertua ku……


Aslamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Sebelum saya terus mengukir kata dalam tulisan ini izinkanlah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu duhai bakal ibu mertuaku….. Perkenalkanlah, saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja… Saya bukanlah Khadijah r.a, Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita Islam…dan teramat Mulia..... Saya bukanlah Aisyah r,a, Seorang yang utama dalam ketakwaannya….. Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat utama dalam Ketabahannya…….. Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya………. Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya……. Tapi..Seperti yang saya katakan.,saya hanya wanita biasa,… Dengan ketakwaan yang biasa…. Ketabahan yang tak seberapa….. Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan…. Namun ibu,…. Saya adalah wanita akhir zaman,…. Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah… Yang akan berusaha mengabdi pada bakal Suamiku dan juga padamu…..bakal Ibu mertuaku…. Saya bukanlah musuhmu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu…. Tapi saya akan menjadi rekan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu.. Dan kelak pada mujahid – mujahidahku, bakal cucu mu duhai ibu….. Engkau tak perlu bimbang ibu,… Saya tak akan merebut perhatian anak mu… Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu…. Kerana akan saya katakan padanya bahawa…. engkaulah yang utama patut mendapat perhatiannya… Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku.. Kerana sebagai wanita yang baru bernikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman…. Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu….. Duhai, bakal ibu mertuaku…. Saya harap kita bisa menjadi rekan yang baik… Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahsia antara aku dan anakmu… Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami…. Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan… Menjadi pendengar yang setia saat saya dlm kesusahan…. Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan…. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Bakal Menantumu…. (¯`v´¯)♥ Aamiin ya Rabbal 'alamiin
                                           (",)...



 (p/s : BakaL Mak Mertuaku... baca yee... ^^,
♥ (¯`v´¯) ♥♥♥…….…….……...♥ •.¸.•´♥………….…♥♥♥ ♥♥♥───────────────█─█──────♥♥♥ ♥♥♥──────████──█──█─█──────♥♥♥ ♥♥♥──────█──█──█──█─█──────♥♥♥ ♥♥♥──────████──█──█─█──────♥♥♥ ♥♥♥─────────███████─█──────♥♥♥ `·.¸.·`(´'`v´'`)♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'` v´'`)`·.¸.·` ...♥♥..♥`•.¸.•´(¯`v´¯)(¯`v´¯)`•.¸.•´♥..♥♥... `*•.¸¸.•*✿Menebar Senyum & Dakwah Bertali Ukhuwah `*•.¸¸.•*✿