CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 31, 2010

.: Antara Bidadari dan Penghuni Syurga :. (video)



P/S : ana suke sgt tgk video nie...=))

wahai muslimah....jangan biarkan ada tangan2 kasar memetik kelopak harummu...jangan biarkan tangan durjana menodai kesucianmu...jadilah muslimah yg mahal...semahal emas permata...tidak semua boleh menyentuhnya....tidak semua boleh melihatnya....disampaikan pesanan ini kerana kasihkan dirimu wahai wanita...

:: Akulah WANITA itu.....::

Wahai kaum adam…
Karena apa kau mencuri hati kaum hawa??
Karena apa kau menyintai kaum hawa..??
Karena apa kau menyayangi kaum hawa…??
Karena apa kau menyunting kaum hawa…??

Wahai kaum adam…
Adakah karena kau ingin lukakan hatinya..??
Adakah karena kau ingin robekkan perasaannya..??
Adakah karena kau ingin siatkan kasih sayangnya…??
Adakah karena kau ingin menyeksa jiwa raganya…??

Wahai kaum adam…
Apa erti cinta pada diri kalian..??
Apa erti sayang pada kalian…??
Apa erti rindu pada kalian…??
Dan…apakah erti kesetiaan pada kalian…???


Wahai kaum adam…
Adakah cinta itu seperti mainan bagimu..??
Adakah sayang itu sekadar pelepas hausmu..??
Adakah rindu itu sekadar angin yang berlalu..??
Adakah setia itu sekadar puisi yang bisa kau padamkan..dan kau coretkan semula…jika kau memerlukannya…??

Wahai kaum adam..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang senang mengalir air matanya..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang jiwanya sangat setia..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang perasaannya amat halus..
Ketahuilah…kaum hawa itu kaum yang bisa memaafkan walau jiwanya hancur..dirobek..disiat oleh kalian...
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang bisa melupakan segala keburukan kalian walau dia terpaksa menyeksa perasaannya…
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang sanggup mengenepikan kepentingan dirinya hanya untuk diserahkan kepada kalian kaum adam…

Wahai kaum adam…
Sayangilah kaum hawa sepenuh jiwa kalian…
Lindungilah kaum hawa setulusnya cinta kalian…

Sesungguhnya…
Cintailah kaum hawa itu seteguhnya karena Allah…karena Dia..pemilik segala Cinta…Dia-lah Pencinta Sejati…


 

JAWAPAN KAUM ADAM UNTUKMU HAWA....

wahai hawa...
adam mencuri hatimu kerana telah menjadi fitrah,
adam mencintai hawa kerana hawa d jadikan khas buat adam,
adam menyayngi hawa kerana,
...setitik sifat Ar Rahman Tuhan telah d kurniakan pd setiap insan,
adam menyunting mu hawa kerana,
ingin berkongsi segala bersama,
juga menyempurnakan sebahagian iman mu dan iman ku,

wahai hawa,
bukan lah niat adam untuk menyakitimu,
bukan juga niat adam untuk merobek hatimu,
tidak pula terniat untuk menyiatkan kasih sayang mu,
jauh sekali untuk menyeksa perasaan mu,

wahai hawa,
kenapa bertanya erti cinta pada adam..?
sedang cinta adam yang paling utama adalah pd penciptanya,
kenapa bertanya erti sayang pada adam..?
sedang adam juga sedang mencari dan menagih sayang Tuhannya,
dan apa perlunya hawa bertanyakan kesetiaan pada adam..?
sedang adam juga sedang cuba untuk menjadi umat y setia pada nabinya,

wahai hawa,
jika cinta itu mainan bagi adam,
adakah cinta adam pada Tuhannya mainan belaka..?
jika sayang seorang adam d tafsirkan sebagai pelepas haus,
adakah sayang y d cari dan d tagih dari Tuhannya sekadar melepaskan haus..?
jika kesetiaan adam adalah sebagai puisi y bisa d padam dan d coret,
maka tidaklah adam menjadi umat yang setia pada nabinya,

wahai hawa,
usah khuatir,
adam amat memahami fitrah seorang hawa,
fitrah mu itu menjadikan kau seorang muslimah,
fitrah mu itu juga menjadikan kau mudah menempa syurga,
dan fitrah yang ada pada dirimu adalah kurnian khas dari Tuhan,
berbahagialah hawa,

wahai hawa,
adam menyusun sepuluh jari padamu,
kerana untuk menyayangimu sepenuh jiwa,
adalah d luar kemampuan adam,
kerana adam perlu mendahulukan Tuhan yang menjadikan seluruh alam,
daripada segalanya,
untuk melindungimu hawa,
usah d khuatir kerana kau adalah amanah dari Tuhan,
sebagaimana cinta adam pada Tuhannya,
sedaya mungkin adam menjaga amanah Tuhan...

wahai adam dan hawa,
ingatlah janji Allah,
wanita yang soleha itu adalah untuk lelaki yang soleh...
 
 
 

Friday, July 30, 2010

♥♥♥♥♥ HATI INI ALLAH YG PEGANG ♥♥♥♥♥

“Jika ALLAH mencintai seorang hamba, maka ALLAH memasukkan kecintaan ini kedalam hati para malaikat. Jika ALLAH membenci terhadap seorang Hamba,
maka ALLAH memasukkan kebencian ini ke dalam hati para malaikat,
...kemudian memasukkannya pula ke dalam hati manusia” (Riwayat Anas)

"...Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." (Surah Hud 11:88)

Sunday, July 25, 2010

Hari Ini Milik Saye & Anda !!!

Assalamualaikum.. selamat pagie sumer ..
Hari ni permulaan utk ku postg kt blog..=) di pg hri yg indah nie... kite mulekan hari ni ngn senyuman yg plg manis semanis gula2 , kiut miut, n ikhlas..cenyum di dpn cermin tuk diri sndri..
ha g amk cermin cenyum2 ( jgn cenyum lebey2 da lah hikhik) pas cenyum pe yg anda rase?? wah...muke dah x b'kedut kan??ni la petua awet mude.. n hati rase tenang
n lapang tol x???..tu yg bgs..=) then smpai jer tmpt keje..bukak youtube ke or foldr dlm kompter cari zikir, ayt2 quran, spye dpt m'bersihkan hati kite ni kan.. smbil2 wat kje ley la zikr n ngaji skali..zkr dlm hati jer..=) kt cni de video yg ana syor kan..pg td da dgr best....!!!! =))Jom kite dgr same2..=)



Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah.. Tuhan bagi sekalian alam... Semakin diri ini mensyukuri nikmat-Mu, Semakin hati ini tenang dalam mengingati-Mu... Seperti tenangnya arus di sungai Nil ciptaan-Mu....



Hari ini saat mataharinya menyinari kita, dan siangnya menyapa kita, m'buatkan kita mampu memandang alam sekitar. Itulah hari saye & anda, maka kita perlu manfaatkan hari ni sebaik2nyer!! anggaplah masa hidup kita hnya hari ni jer,atau seakan-akan kita dilahirkan dan akan mati hari ni jgk..
Falsafah ni akan selamatkan hdup kita, sehingga tidak tersepit di antara dua khdupan, masa lalu dgn berbagai kesedihan dan kegundahan yg terjadi masa dulu, dan seringkali menakutkan..(huhu)

Dan pd hari inilah, kita harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yg plg kusyuk',membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dgn sepenuh hati, keseimbangan dlm hal,keindahan dlm akhlaq, kerelaan dgn semua yg ALLAH berikan,perhatikan terhadap kesihatan jiwa raga serta m'beri manfaat kpd org lain..=)
utk hari ni..tanamlah kebaikkan sebanyak2 nya ,m'igati ALLAH, persiapkan diri utk pergi jauh(mengadapNya).Dgn itu hdp kita pd hari ini akan penuh kebahagiaan,rase aman & tenteram..=)

..Terimalah semua yg ALLAH berikan kpdmu dan jadilah kamu termasuk org-org yg bersyukur. (Al-A'raf :144)

Hidup kita pd hari ni juga tanpa kesedihan,ganguan, kemarahan, kedengkian, & kebencian atau sakit hati. Jgn lupa ukir sebuah tulisan dlm hati kita @ meja tmpt kita b'kerja : "HARI INI ADALAH MILIKKU"
bBerkata dlm hati : "Hanya hari ni aku b'kesempatan berkata yg baik2 jer, tidak bercakap kotor,tidak mencela,mengherdik & mengumpat org lain. Hnya hari ni aku akan hidup, maka aku akan perhatikan kebersihan tubuhku, penampilanku, kebaikkan tutr kata, & tindak tandukku"...
"Wahai masa lalu yg berlalu dan telah selesai, tenggelamlah spti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi pemergiaanmu, dan kamu x pernah melihatku termenung sedetik pun utk m'ingatimu.. kamu tlh m'nggalkan ku pergi & tak akan kembali lg"
"Wahai masa depan, egkau masih dlm keghaiban! maka aku tak pernah bermain dgn khayalan dan menjual diri hnya utk sebuah dugaan. Aku pun tdk bakal memburu sesuatu yg belum tentu ada,krn esok hari mungkin tdk ada sesuatu, esok hari adlh hari yg belum diciptakan dan tak ada satu pun darinya yg dpt disebutkan..."
"HARI INI MILIKKU KU" adlh ugkapan palaing indah dlm kamus kebahagiaan, bg mereka yg m'inginkan kehidupan yg paling indah dan menyenangkan...=)