Wahai kaum adam…
Karena apa kau mencuri hati kaum hawa??
Karena apa kau menyintai kaum hawa..??
Karena apa kau menyayangi kaum hawa…??
Karena apa kau menyunting kaum hawa…??
Wahai kaum adam…
Adakah karena kau ingin lukakan hatinya..??
Adakah karena kau ingin robekkan perasaannya..??
Adakah karena kau ingin siatkan kasih sayangnya…??
Adakah karena kau ingin menyeksa jiwa raganya…??
Wahai kaum adam…
Apa erti cinta pada diri kalian..??
Apa erti sayang pada kalian…??
Apa erti rindu pada kalian…??
Dan…apakah erti kesetiaan pada kalian…???
Wahai kaum adam…
Adakah cinta itu seperti mainan bagimu..??
Adakah sayang itu sekadar pelepas hausmu..??
Adakah rindu itu sekadar angin yang berlalu..??
Adakah setia itu sekadar puisi yang bisa kau padamkan..dan kau coretkan semula…jika kau memerlukannya…??
Wahai kaum adam..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang senang mengalir air matanya..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang jiwanya sangat setia..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang perasaannya amat halus..
Ketahuilah…kaum hawa itu kaum yang bisa memaafkan walau jiwanya hancur..dirobek..disiat oleh kalian...
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang bisa melupakan segala keburukan kalian walau dia terpaksa menyeksa perasaannya…
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang sanggup mengenepikan kepentingan dirinya hanya untuk diserahkan kepada kalian kaum adam…
Wahai kaum adam…
Sayangilah kaum hawa sepenuh jiwa kalian…
Lindungilah kaum hawa setulusnya cinta kalian…
Sesungguhnya…
Cintailah kaum hawa itu seteguhnya karena Allah…karena Dia..pemilik segala Cinta…Dia-lah Pencinta Sejati…
adam mencuri hatimu kerana telah menjadi fitrah,
adam mencintai hawa kerana hawa d jadikan khas buat adam,
adam menyayngi hawa kerana,
...setitik sifat Ar Rahman Tuhan telah d kurniakan pd setiap insan,
adam menyunting mu hawa kerana,
ingin berkongsi segala bersama,
juga menyempurnakan sebahagian iman mu dan iman ku,
wahai hawa,
bukan lah niat adam untuk menyakitimu,
bukan juga niat adam untuk merobek hatimu,
tidak pula terniat untuk menyiatkan kasih sayang mu,
jauh sekali untuk menyeksa perasaan mu,
wahai hawa,
kenapa bertanya erti cinta pada adam..?
sedang cinta adam yang paling utama adalah pd penciptanya,
kenapa bertanya erti sayang pada adam..?
sedang adam juga sedang mencari dan menagih sayang Tuhannya,
dan apa perlunya hawa bertanyakan kesetiaan pada adam..?
sedang adam juga sedang cuba untuk menjadi umat y setia pada nabinya,
wahai hawa,
jika cinta itu mainan bagi adam,
adakah cinta adam pada Tuhannya mainan belaka..?
jika sayang seorang adam d tafsirkan sebagai pelepas haus,
adakah sayang y d cari dan d tagih dari Tuhannya sekadar melepaskan haus..?
jika kesetiaan adam adalah sebagai puisi y bisa d padam dan d coret,
maka tidaklah adam menjadi umat yang setia pada nabinya,
wahai hawa,
usah khuatir,
adam amat memahami fitrah seorang hawa,
fitrah mu itu menjadikan kau seorang muslimah,
fitrah mu itu juga menjadikan kau mudah menempa syurga,
dan fitrah yang ada pada dirimu adalah kurnian khas dari Tuhan,
berbahagialah hawa,
wahai hawa,
adam menyusun sepuluh jari padamu,
kerana untuk menyayangimu sepenuh jiwa,
adalah d luar kemampuan adam,
kerana adam perlu mendahulukan Tuhan yang menjadikan seluruh alam,
daripada segalanya,
untuk melindungimu hawa,
usah d khuatir kerana kau adalah amanah dari Tuhan,
sebagaimana cinta adam pada Tuhannya,
sedaya mungkin adam menjaga amanah Tuhan...
wahai adam dan hawa,
ingatlah janji Allah,
wanita yang soleha itu adalah untuk lelaki yang soleh...
0 comments:
Post a Comment