Assalmualaikum..
wah3... mlm td aq pakai inai.. saje je....hehe lebey inai pengantin ( k.lang).. yg sebenarnye aq mmg suke pkai inai..=D slalu join pakai came2 ngn mak n mak jang..hehe.. tp xde la 10 jari, cume 5 jari je aq pakai, klo pakai 10 jri mengalahkan pengantin nmpek nye kui3... mak aq kate, lg pon pakai inai ni elok tok jage kuku...wahh..tu yg aq suke..ngee~ kt bwh ni aq nk kgsikan artikel KELEBIHAN DAUN INAI =)
slmt membace..=)
Seperti amalan kaum India yang menggunakan daun inai yang disapu pada kulit untuk menyembuhkan sakit kulit, bisul dan melepuh, ia juga turut digunakan untuk menyembuhkan sakit kepada dan rasa panas pada kaki. Inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis pada sekeliling kuku. Caranya adalah dengan membersihkan daun terlebih dulu, ditumbuk sehingga lumat. Kemudian gunakan ramuan itu untuk disapu pada tempat yang sakit.
Daun ajaib ini juga boleh digunakan untuk melegakan sakit perut. Hanya minum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang halus. Nescaya perut yang sakit akan pulih. Serbuk daun inai pula boleh digunakan untuk menyembuhkan luka ketika berkhatan, bisul, penyakit kulit dan sengal tulang. Malah, sesiapa yang mula gusar apabila rambut mula menipis, mungkin boleh anda cuba petua turun temurun ini. Rebus minyak biji sawi bersama daun inai dan disapukan pada kepala.
Bagi kaum India, air daun inai digunakan sebagai astrigen yang boleh mengecutkan tisu organik sekali gus membantu mengawal pendarahan berlebihan. Malah, mereka juga percaya, amalan berkumur dengan daun inai boleh membantu menyembuhkan sakit tekak
0 comments:
Post a Comment